Kenapa VCS?
VCS adalah shortform bagi "Version Control System", ia adalah sebuah alat/perisian wujud untuk menyenangkan developer mengurus sumber pengaturcara (source code) tanpa perlunya memindah source code scare manual dari satu sistem ke sistem yang lain.Padahal, source code sentiasa dikemas kini dan dibaharui mengikut keperluan dari semasa ke semasa, jikalau kumpulan mempunyai lebih daripada satu developer, pengurusan source code yang tidak melibatkan kegunaan alat VCS merupakan satu perkara yang sukar atau boleh dikatakan boleh mencapai tahap mustahil (jika source codenya terlibat beribu-ribu baris kod). Bagi fasa nyahpepijat (debugging) kesukaran tidak dapat dibayangkan jika tidak wujudnya alat VCS ini!
VCS sebagai pegetahuan am
Kegunaan alat/servis VCS sudah menjadi biasa dalam dunia sistem pembangunan, servis yang (bebas digunakan dan percuma) sedia ada pada internet kini:- github
- bitbucket
- cvs (telah lama ketinggalan, boleh dikatakan tidak berguna lagi selepas kemunculan git ke dunia internet kini)
Keselamatan guna VCS
Kegunaan github/bitbucket memerlukan pengguna simpan (muat naik/upload) source code ke server github/bitbucket. Muat naikkan source code ke server github mungkin menakutkan pengguna bahawa adakah source code masih selamat disimpan pada server "orang lain".
Selepas beberapa tahun pengalaman saya guna dan simpan code atas server github, tiada sebarang masalah bernah berlaku pada source code saya.
Walau bagaimanapun, tragedi yang tidak menyenangkan hati boleh berlaku juga.
Side note: Usaha-usaha dalam Kommuniti Opensource
Setiap developer perlu berterima kasih kepada syarikat-syarikat IT dari barat seperti Google, FB, Github... dan lain-lain lagi. Mereka telah banyak mengusahakan industri IT bagi kommuniti sumber-terbuka IT (opensource) dan menbenarkan kegunaan servis-servis mereka tanpa had (bagi aktiviti yang tidak berasaskan keuntungan sahaja). Usaha-usaha mereka telah banyak memanfaatkan developer IT memperoleh segala tutorial/artikel IT yang diperlukan atas talian.
Sebagai seorang developer di Malaysia, saya pun telah banyak menikmat usaha-usaha mereka yang sentiasa fokus pada "kemampuan developer dari kommuniti opensource". Tanpa usaha mereka, saya tidak dapat bayangkan sesiapa sanggup akan memurahkan hati pada tahap yang sama seperti apa mereka telah usahakan dalam kommuniti opensource ini. 🙏